Latar Belakang

Surau Ar-Ridhuan Apartment Seri Cempaka merupakan kawasan  perumahan apartment PKNS yang terletak di Seksyen 16 Bandar Baru Bangi, Selangor. Jumlah keseluruhan 7 blok apartment 5 tingkat yang terdiri dari 100 unit setiap blok. Jumlah penduduk seramai lebih 2500 orang dianggarkan 90%  penduduk beragama Islam. Surau Ar-Ridhuan dibina sebagai keperluan tempat ibadat yang mampu menampung keperluan dan penduduk Islam di Apartment Seri Cempaka. Buat masa sekarang, penduduk memanfaatkan fungsi surau yang disediakan PKNS.
Seiring dengan perkembangan semasa, pihak surau Ar-Ridhuan sedang berusaha untuk membina dan membesarkan surau dari aspek fizikal dan meningkatkan fasilitinya untuk keselesaan jemaah yang hadir ke surau. Pada hari-hari pasar malam (Selasa & Rabu) dan pasar tani (Khamis) kehadiran jemaah yang singgah bersolat adalah ramai dan memenuhi surau, adakalanya terpaksa bersesak dan bergiliran untuk menunaikan solat. Hal ini menjadi rasional kepada keperluan pembesaran surau. Selain itu pihak jawatan kuasa surau bercadang untuk membinakan bilik khas bagi sessi pengajian Al Quran bagi kanak-kanak di premis surau yang bersesuaian bagi memenuhi keperluan kanak-kanak di kawasan sekitar.
Jawatankuasa bertindak yang ditubuhkan aklan memastikan keperluan terhadap sebuah tempat beribadah selesa dan mampu menampung jumlah jemaah yang sedia ada bagi menyuburkan Islam dikalangan masyarakat setempat terutamanya di sekitar Apartment Seri Cempaka. Pembesaran dan pengubahsuaian surau ini  juga tidak lansung menggalakkan para penduduk  terutamanya anak-anak muda Islam ke arah mendekatkan diri kepada ilmu dan agama di samping memupuk dan dapat membentuk sahsiah yang baik.