Thursday 6 October 2011

Doa mohon rezeki yang halal dan bebas dililit hutang


اللَّھُمَّ اكْفِنِي بِحَلالِكَ عَنْ حَرامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Artinya:"Ya Allah, cukupilah kehidupanku dengan rizqi-Mu yang halal, dan jauhkanlah diriku dari sesuatu yang telah Engkau haramkan. Dan dengan curahan anugerah-Mu. jauhkanlah diriku dari meminta sesuatu kepada selain Engkau. "
Penjelasan:
Bila seseorang tidak merasa puas dan cukup atas kurnia dari Allah Swt. dan dililit hutang yang banyak, maka bacalah doa di atas. Doa ini pula yang diajarkan Sayyidina Ali kepada salah seorang hamba mukatab (yang sedang menebus dirinya untuk merdeka). Sayyidina Ali berkata: "Seandainya engkau mempunyai hutang emas sebesar gunung, kemudian engkau membiasakan diri membaca doa ini, tentu Allah akan memberimu kemudahan rizqi untuk melunasinya.

Doa Anas bin Malik r.a


بسم الله الرحمن الرحيم
بسم اللهِ خَيْرُ اْلأَسْمَاءِ، بسم اللهِ الَّذِي لا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ أَذَى، بسم اللهِ الْكَافِي، بسم الله الْمُعَافِي، بسم اللهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ،
بسم الله على نَفْسِي وَدِيْنِي، بسم اللهِ عَلَى أَهْلِي وَمَالِي، بسم اللهِ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ أَعْطاَنِيْهِ رَبِّي،
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،
أَعُوْذُ بِاللهِ مِمَّا أَخَافَ وَأَحْذَرْ، اَللهُ رَبِّي لاَ أُشْرِكَ بِهِ شَيْئاً، عَزَّ جَارُكَ، وَجَلَّ ثَنَاؤُكَ، وَتَقَدَّسَتْ أَسْمَاؤُكَ، وَلاَ إِلَهَ غَيْرُكَ،
اللهم إني أعوذ بك مِنْ شَرِّ كُلِّ جَبَّارٍ عَنِيْدٍ، وَشَيْطاَنٍ مَرِيْدٍ، وَمِنْ شَرِّ قَضَاءِ السُّوءِ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا، إِنَّ رَبِّي عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ.
Ertinya: Dengan nama Allah yang sebaik-baik nama, yang tidak mendapat mudarat dengan nama-Nya segala kesakitan, dengan nama Allah yang mencukupi segalanya, dengan nama Allah yang pemaaf, dengan nama Allah yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Dengan nama Allah aku berlindung diriku, akidahku, keluargaku, hartaku dan di atas tiap-tiap kurniaan tuhanku.
Allah Maha Besar 3X, Aku berlindung dengan Allah apa yang ditakuti dan bimbangi, Allah tuhanku tiada sekutu bagi-Nya, sangat kuat perlindungan-Mu dan Maha Tinggi perlindungan-Mu, Maha Suci Nama-Mu, tiada tuhan selain-Mu.
Ya Allah lindungi daku daripada kejahatan penguasa zalim, syaitan yang suka melakukan kejahatan, keburukkan qadha’ dan kejahatan setiap mahkluk melata yang nyawanya berada ditangan-Mu, sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.

The Caliphate, The Hijaz and the Saudi Wahabi Nation State



Recommendation reading material!


The Caliphate, The Hijaz and the Saudi Wahabi Nation State


by Sheikh Imran N. Hossien


click here to download

Wednesday 5 October 2011

HIJRAH YANG DITUNTUT - 002

عَنِ ابْنِ عَمْرُو عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : أَفْضَلُ المُهَاجِرِيْنَ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ تَعَالَى عَنْهُ - رَوَاهُ الطّبَرَانِي - حَدِيْثٌ صَحِيْحٌ - الأحَادِيْثُ الصَّحِيْحَة / 1491 - انظر : صَحِيْحُ الجَامِع الصَّغِيْر - للألباني Daripada Ibnu Amru daripada Nabi SAW sabdanya : Sebaik-baik orang yang berhijrah, ialah orang yang berhijrah (meninggalkan) apa-apa yang dilarang oleh Allah SWT. (HR al-Tabaraniy - Hadis Sahih - Himpunan Hadis-Hadis Sahih No. 1491 - Lihat Sahih al-Jami' al-Saghir - Oleh Al-Albaniy.

Penjelasan hadis :

1. Hijrah menurut bahasa maknanya berpindah atau meninggalkan yang pertama menuju kepada yang kedua. Hijrah dalam Islam terbagi dua, iaitu : 1. ( هِجْرَة حِسِّيَّة  ) : Hijrah Fisikal ; 2. (  هِجْرَة مَعْنَوِيَّة  ) : Hijrah Sikap.Hijrah Fisikal ialah berpindah dari satu negeri ke negeri lain. Hijrah jenis ini tidak dituntut kecuali jika darurat. Umpamanya jika kita tinggal disuatu negeri yang tidak membenarkan kita melaksanakan syareat Allah seperti tidak boleh solat, tidak boleh menutup aurat dan lain-lain, maka ketika itu kita wajib berhijrah jika memungkinkan.Adapun Hijrah Sikap adalah wajib dan Fardhu 'Ain ke atas setiap muslim dan muslimat. Hijrah jenis inilah yang diisyaratkan oleh Hadis Sahih di atas.

2. Berhijrah daripada apa yang dilarang oleh Allah adalah jenis hijrah yang paling afdhal dan paling utama. Inilah yang dimaksudkan dengtan Hijrah Sikap. Umpamanya : Berhijrah daripada sikap atau sifat pemalas kepada sifat rajin ; daripada pengotor kepada pembersih ; daripada pemarah dan panas baran kepada penyabar ; daripada pendendam kepada pemaaf ; daripada bodoh kepada berilmu pengetahuan. Dan yang paling utama dari semua itu ialah berpindah daripada Syirik kepada Tauhid ; daripada Bid'ah kepada Sunnah ; daripada beragama secara Taqlid kepada Ittiba'.

3. Umat Islam jika ditinjau dari sudut "mengikut" terbagi kepada dua, iaitu : 1. Taqlid : Mengikut secara membuta tuli dan tidak tahu sama ada yang diikutinya itu ada dalil atau tiada dalil. 2. Ittiba' : Mengikut juga tetapi mengetahui ada dalilnya. Menurut istilah agama, orang tang bertaqlid dipanggil Muqallid, sedangkan orang yang ittiba' dipanggil Muttabi'. Dan sudah pasti dalam hal ini kedudukan Muttabi' adalah lebih tinggi dan lebih mulia di sisi Allah berbanding dengan Muqallid. Ini kerana Islam adalah agama ilmu, bukan agama ikut-ikutan atau ikut secara membuta tuli. Malah Islam sangat melarang umatnya bertaqlid secara tetus menerus. Oleh itu, setiap muslim wajib terus berusaha mencari dan menambah ilmu agama agar segala keyakinan dan amalannya selama ini mempunyai nilai yang tinggi di sisi Allah. Bukan hanya bertaqlid sampai mati, padahal peluang mencari ilmu zaman ini sangat mudah.

4. Kembali kepada topik pembahasan. Hijrah paling afdhal ialah meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah. Menurut Kaedah Ilmu Ushul : Larangan Allah juga tersirat di dalam semua suruhan-Nya. Maksudnya : Larangan Allah bukan datangnya hanya dalam bentuk larangan, seperti : Jangan membunuh, jangan mendekati zina, jangan mengumpat, jangan mencela, jangan mencuri, jangan berburuk sangka dan lain-lain. Tetapi larangan juga tersirat di dalam semua suruhan Allah. Contoh : Dalam suruhan mendirikan solat tersirat larangan jangan abaikan solat, dalam suruhan mentauhidkan Allah tersirat larang syirik, dalam suruhan mengikuti ibadat cara Rasulullah SAW tersirat larangan berbuat bid'ah, dalam suruhan berbuat ihsan kepada ibu bapa tersirat larangan durhaka kepada mereka berdua dan lain-lain.

5. Menurut para ilmuan Islam : Dosa kerana tidak melakukan suruhan Allah SWT adalah lebih besar dan lebih dahsyat berbanding terlanggar larangan Allah. Walaupun kedua-duanya adalah dosa. Kesimpulan ini berdasarkan sikap Iblis dan Adam ketika dalam syurga. Iblis berdosa kerana tidak melakukan suruhan agar sujud kepada Adam. Adam juga berdosa kerana beliau melanggar larangan Allah agar jangan mendekati pokok larangan. Walaupun kedua mereka berdosa, tetapi dosa Iblis lebih besar jika dibandingkan dosa Adam sebab motif keengganan Iblis sujud adalah sombong (takabbur), tetapi motif Adam melanggar larangan Allah adalah kerana terlupa dan tertipu oleh rayuan Iblis.

6. Ibu Bapak dinasehatkan agar memperbetul persepsi yang salah ini. Terdapat dalam masyarakat kita sesetengah orang tua yang beranggapan bahawa anaknya sudah baik,  jika mereka tidak terlibat dadah, pergaulan bebas, mencuri, berzina tetapi pada masa yang sama anak-anaknya tidak solat, tidak menutup aurat, tidak berbuat ihsan kepada orang tuanya. Kita tidak menafikan bahawa semuanya dosa dan wajib dijauhi semuanya. Namun dosan tidak membuat suruhan Allah adalah lebih besar berbanding terlanggar larangan Allah. Diharap para pembaca tidak salah faham dengan penjelasan ini. Perkara ini didedahkan hanya bertujuan untuk memperbetul persepsi atau anggapan yang salah dikalangan sesetengah masyarakat kita.

7. Kewajipan utama umat manusia dimuka bumi adalah mentaati atau mematuhi Allah. Taat dalam Islam terbagi dua, iaitu : 1. Buat apa yang Allah suruh, 2. Tinggalkan apa yang Allah larang. Oleh itu, tidak sempurna ketaatan seseorang jika hanya setakat membuat apa yang Allah suruh tetapi pada masa yang sama dia melanggar larangan Allah, ataupun sebaliknya, meninggalkan larangan Allah tetapi pada masa yang sama tidak membuat suruhan Allah. Marilah kita sama sama berusaha untuk menjadi hamaba-Nya yang sentiasa berkata : (  سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ المَصِيْرُ ) : Kami dengar dan kami patuhi, (mereka berdoa) : Ampunilah kami ya Tuhan kami, dan kepada Engkau lah kami kembali. (Al-Baqarah : 285)

Topik ini ustaz rasa sangat perlu direnung kerana kita masih dalam suasana memasuki " Tahun Hijrah Baru 1432H ". Semoga keimanan dan ke-Islam-an kita lebih baik pada tahun-tahun yang akan datang. Amin Ya Rabbal 'Alamin.  

Abdullah Yasin 

Anwar Hadi - 27 kali ganda

AGAMA ADALAH NASIHAT - 001

Assalamualaikum,

( عن أبي رقية تميم بن أوس الداري رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : الدين النصيحة قلنا : لمن ؟ قال : لله ولكتابه ولرسوله لأئمة المسلمين وعامتهم - رواه مسلم  ) Dari Abi Ruqayyah Tmim Bin Aus al-Dary r.a : Sesungguhnya Nabi SAW bersabda : Agama itu nasihat. Kami berkata : Bagi siapa ? Baginda SAW bersabda : Bagi Allah, bagi Kitab-Nya, Bagi Rasul-Nya dan bagi pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan orang-orang awam mereka.( HR Muslim )

Beberapa pengajaran yang dapat diambil dari hadis sahih diatas, ialah :

1. Agama yang dimaksudkan disni adalah agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Firman Allah : "Sesungguhnya agama disisi Allah adalah Islam". (Ali Imran:19); "Barangsiapa mencari agama selain Islam, nescaya Allah tidak  akan menerimanya, dan di akhirat dia pasti termasuk golongan yang merugi". (Ali Imran:85); Luqman Al-Hakim berkata : "Jika di dunia ini kamu memiliki hanya satu, maka satu-satunya itu hendaklah agama". Pepatah Arab berkata : "Manusia tanpa agama, bagaikan kuda tanpa kekang (hidup liar dan tidak terkawal)".

2. Islam adalah nasehat. Maksudnya : Agar kehidupan manusia terkawal maka agama sangat berguna untuk mengawal agar ia menjadi insan yang baik dan sempurna dan selanjutnya mendapat keredhaan Allah. Agama sangat berperanan membimbing manusia agar menjadi insan yang cemerlang dan bahagia di dunia dan di akhirat. Dan kita mesti ingat bahawa rujukan utama agama Islam adalah Al-Quran dan Sunnah Rasul SAW. Rasul SAW bersabda : "Aku tinggalkan dua perkara, selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya maka kamu tidak akan sesat untuk selamanya".

3. Ketika Nabi SAW ditanya : Bagi siapa ? Lalu baginda SAW menjawap : Bagi Allah. Ini tidak bermaksud Allah memerlukan nasehat ! tetapi maksudnya : Kita mestilah beriman dan mentauhidkan Allah, jangan buat syirik, buat suruhan-Nya dan jauhi larangan-Nya, mensyukuri nikmat-Nya dan mengharap redha-Nya; Bagi Kitab-Nya, yakni beriman kepada Al-Quran dan menjadikannya sebagai panduan hidup; Bagi Rasul-Nya, beriman kepada Nabi Muhammad SAW, mencintainya,  dan menjadikannya sebagai role model dan teladan dalam segala urusan agama, mencintai sesiapa yang mencintainya dan memusuhi sesiapa saja yang memusuhinya dan sunnahnya.

4. Adapun maksud bagi pemimpin-pemimpin kaum muslimin  pula ialah menolong dan menyokong mereka dalam perkara-perkara kebenaran dan keadilan serta patuh kepada mereka dalam urusan kebenaran. Tegur mereka dengan cara yang sopan dan ingatkan mereka ketika lalai melaksanakan kewajipan. Sedangkan bagi orang awam kaum muslimin pula, ialah membimbing mereka ke jalan yang benar, mengawasi mereka daripada jalan yang salah atau sesat, bertolong-tolongan dalam perkara-perkara kebaikan dan ketakwaan, saling hormat menghormati dan saling sayang menyayangi.

4. Walau nasihat itu berguna, namun jika tersalah caranya boleh membawa bencana. Oleh itu, ketika memberi nasihat kita perlu bijaksana dan tahu caranya. Pepatah Arab : " Memberi nasihat di khalayak ramai adalah suatu penghinaan". Rasulullah SAW bersabda : Hak muslim terhadap muslim lain ada enam, (satu diantaranya) : "Jika salah seorang saudara seagamamu meminta nasihat, maka berilah dia nasihat". Hanya saja menurut Imam Al-Nawawiy dalam syarahannya : Nasihat perlu diberikan kepada muslim jika dia meminta nasihat, hanya dalam hal-hal keduniaan seperti pertanyaannya tentang pribadi orang yang dia ingin menjadikannya sebagai rakan kongsi dalam urusan perniagaan, tetapi jika kita melihat kesalahan dalam urusan agama, maka kita wajib menegornya atau memberinya nasihat walaupun muslim itu tidak meminta nasihat.

5. Nasihat menurut bahasa Arab memilki tiga makna :1. menjahit/menampal : ( نَصَحَ الثَّوْبَ ) : Dia menjahit/menampal baju; 2. Menyaring/menapis ( نَصَحَ العَسْلَ ) : Dia menyaring/menapis madu; 3.Ikhlas ( تَوْبَةً نَصُوْحًا ) : Taubat yang ikhlas. Jika kita rangkumi ketiga-tiga makna tersebut, maka suatu nasihat mestilah memenuhi tiga sifat, iaitu : 1. Nasihat mestilah ke arah memperbaiki atau kesempurnaan diri orang yang dinasihati sebagaimana peranan jahitan atau tampalan baju yang koyak. 2.Ketika memberi nasihat hendaklah menggunakan kata-kata yang baik-baik atau ditapis dan diseleksi, bukan asal cakap yang boleh menyinggung perasaan orang yang dinasihati. 3.Suatu nasihat hendaklah diberi dengan niat yang ikhlas, bukan cari pengaruh atau pujian atau keuntungan duniawiy.

6. Muslim/muslimat jika mendapat nasihat dari seseorang, sama ada dari Ibu Bapa, para guru, para ustaz atau para ulama dan pendakwah, hendaklah menerimanya dengan baik dan berusaha untuk mematuhinya. Lebih-lebih lagi jika nasihat itu memenuhi semua kriteria di atas dan berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Rasul. Allah SWT menggambarkan ciri-ciri orang kafir dalam firman-Nya : Sesungguhnya orang-orang kafir itu, sama saja bagi mereka, engkau beri peringatan atau engkau tidak beri peringatan, mereka tetap saja tidak mau percaya (beriman) - (Al-Baqarah : 6) Oleh itu, umat Islam tidak seharusnya memilki sifat kafir tersebut, tetapi selalu " Sami'naa Wa Ata'naa ".

7. Rasulullah SAW bersabda dalam wasiatnya sebelum wafat : " Bertakwalah kamu kepada Allah, dan dengarlah, dan patuhilah, walaupun yang menyampaikan (nasihat atau kebenaran itu) seorang hamba abdi berbangsa Habsy". Wasiat ini mengandungi pengajaran : 1. Untuk mencapai derjat takwa, seseorang itu mestilah suka mendengar dan mematuhi (kebenaran) yang didengarnya itu. 2. Kebenaran yang disampaikan wajib dipatuhi tanpa mengira siapapun yang menyampaikannya, walau dari orang yang tidak mempunyai status seperti hamba abdi berbangsa Afrika.

Insya Allah ustaz akan tulis nasihat secara bersiri dalam Facebook, paling kurang satu nasihat setiap minggu.Anggap saja ini Nasihat Agama Siri (001). Ustaz berusaha untuk memenuhi ciri-ciri nasihat di atas berdasarkan Kalam Allah dan Kalam Rasul-Nya. Kepada semua, ustaz persilakan memenfaatkannya dan menyibarkannya kepada rakan-rakan yang lain. Ibu Bapa disarankan menggalakkan setiap anaknya mengikuti Siri Nasihat ini, semoga dapat mengurangi beban orang tua, khasnya dalam dunia globalisasi yang sangat mencabar ini. Marilah kita saling bertolongan ke arah kebaikan dan takwa. Allah berfirman : "Bertolong-tolonglah kamu kepada kebaikan dan takwa, dan janganlah kamu bertolongan dalam perkara dosa dan permusuhan" - ( Al-Maidah : 2 ).

Wassalam.

Yang Ikhlas,

Ustaz Dr. Abdullah Yasin.
Mantan Pegawai Dakwah Di Unit Dakwah Islamic Counsellor,
Keduataan Arab Saudi, Malaysia, Kuala Lumpur - ( 1980 - 2009 )

Ayuh Kita Mendirikan Solat

Tuesday 4 October 2011

Al-Muddaththir: 40-43

(Mereka ditempatkan) di dalam Syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya,
Tentang (tempat tinggal) orang-orang yang bersalah,
(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?"
Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;

At- Taubah : 18





Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.

Sunday 15 May 2011

JAWATAN KOSONG








Jangan lepaskan peluang ini !!!! 
hidup cuma sekali !!!!!